Friday, March 18, 2011

KELAS BAHASA PERANCIS


Syukur alhamdulillah. Akhirnya hari yang aku nanti-nanti dah tiba. Hehe...Hari ini, merupakan hari pertama aku mengajar bahasa Perancis kepada orang luar. Selama ni, paling tidak pun, sekadar berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain.Tapi hari ini, buat pertama kalinya aku menyampaikan ilmu yang aku ada melalui sesi pembelajaran. Rasa gemuruh tu, tak payah ceritalah. Tuhan saja yang tahu. Hehe..Manakan tidak, sewaktu sesi mengajar berjalan, aku akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antara aku dan pelajar-pelajar aku tu ( rasa macam cikgu pula...hehehe) . Oh Tuhan. Bukan mudah bagi seseorang macam aku yang jarang sekali berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian aku, ditambah pula dengan 'self confidence' aku untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang terlalu rendah, membuatkan aku tak senang duduk dalam masa dua tiga hari ni.
Tapi, Allah Maha Penyayang. Entah kenapa, sewaktu mengajar tadi, hilang rasa gugup aku dan aku dapat menyampaikan ajaran aku dengan lancar tanpa sebarang masalah. Betul lah orang kata, kalau kita benar-benar ikhlas, Allah akan membantu kita dan membalasnya dengan sebaik-baik perkara. Pelajar-pelajar aku yang kesemuanya merupakan pelajar Iran, dapat memahami segala apa yang aku sampaikan. Maksudnya, bahasa Inggeris yang aku gunakan tadi, mudah untuk mereka fahami, tak tunggang - langgang seperti selalu. Hehehee...

Memang seronok sebenarnya mengajar ni kan. Baru aku sedar sekarang. Sebelum ni, aku langsung tak berminat dalam bidang mengajar, menjadi guru pula jauh sekali. Tapi, bila aku mula mengajar bahasa Perancis hari ni, rasa seronok, rasa gembira sangat sebab aku dapat berkongsi ilmu aku dengan orang lain. Dalam masa yang sama, aku dapat tingatkan lagi pengetahuan aku dan dapat mengingati balik apa yang aku pernah belajar dulu. Maksudnya di sini, bila aku mengajar, aku semacam dapat mempraktikkan semula segala ilmu yang aku ada. Jadi, aku takkan lupa dan akan sentiasa ingat semuanya.

Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada pensyarah aku, Monsieur Omrah yang bagi kepercayaan kepada aku untuk mengajar pelajar-pelajar Iran tu bahasa Perancis. Aku betul-betul gembira, dan tak sabar rasanya nak mengajar untuk kelas yang seterusnya. Pelajar-pelajar sekalian, Jumaat depan kita jumpa lagi ya.
=)

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.